Thursday, May 7, 2015

MOSSY FOREST 2015 (PART I)



Assalamualaikum ,  Pada 28 April yang lepas . Aku dengan 3 lagi geng dah berjaya tawan Mossy Forest ! Gunung Irau ! It's was last minute plan actually . Even last minute  planning , the first thing you should do ! Search ! Search pasal tempat tu . Macam aku pun , kitorang tak main redah taw . Dah siap search semua .

Selepas search punya search , kitorang ambil keputusan untuk bawa kenderaan sendiri sampai ke kaki Gunung Irau. Untuk pengatahuan , ada juga penduduk tempatan yang boleh jadi tour guide dan sediakan kenderaan , biasanya 4x4 . Tak silap satu kepala RM50 termasuk kenderaan dan guide untuk hingga ke Gunung Irau . Biasanya termasuk 3 pakej , Gunung Irau , Ladang Teh & Ladang Strawberi . Untuk  lebih lanjut boleh rujuk pak cik 'G' .

Sabtu , 27 April , aku dah start whataspp geng-2 apa yang patut di bawa dan patut di pakai . Disebabkan this is our first time , kenalah shopping dulu apa yang patut . NO NO NO ! Anda tak perlu risau , apa yang kami belanja untuk pergi ke Mossy Forest sangatlah menjimatkan kos kalian . Hehehe . Jadi tiada alasan duit untuk menghayati keindahan yang ada okay ! Manage your money . Then everything will be fine . Hehe . Ayuh shopping !

Bawah ni total cost yang kitorang dah gunakan untuk trip ke Gunung Irau
Kasut : RM8.00
Sarung Tangan : RM5.00
Minyak + tol : RM40 Seorang (Minyak Pergi balik RM120 + Tol Pergi Balik RM40 =RM160)

Total Seorang = RM53.00 Only dan dengan jumlah ini anda akan tiba hingga ke kaki Gunung Irau dalam keadaan selesa dalam masa sama menjimatkan kos ! (Ops , Tidak termasuk makan yer!)

Disebabkan permukaan tanah yang basah , korang patut pakai kasut ni . Disarankan . Below 10 ringgit ! Why ? Korang tak perlu risau kasut kesayangan korang basah atau pun kotor dek kerana tenggelam dalam lumpur-2 yang ada .
Mana nak cari ? Kedai kasut berdekatan rumah anda pasti ada ! Selamat Mencari :)

Korang juga perlukan sarung tangan .
Why ? Sebab dalam 8 jam perjalanan tu korang akan banyak mendaki menggunakan dahan-2 pokok .
Jadi lebih selamat menggunakan sarung tangan untuk mengelakkan tangan anda terluka atau calar yer .
Kitorang pilih yang tapak macam ni , sebab kebanyakan dahan mungkin basah dan berlumut ,
Jadi dengan adanya tapak cenggini , mantap sikit cengkaman nyer tu ! 

Haaaaa ! Tu dia ada banyak corak banyak warna haaaa pilih-2
Korang memang perlukannya sebab wa bukak sarung tangan kejap je dah rasa nak beku
Hidong tok sah cita lahhhh . Memang keras je rasa !
Mana nak carik ? DAISOOOOO . RM5 ONLYYYYYYYY !

Nak yang ni pun boleh asalkan engko bahagiaaaaaaa . Haha ! 

Ni juga salah satu yang diperlukan . Spray incase krem pulak . Ni pun wa pinjam ibu punya jeeee .
Selain dari spray , di sarankan bawa pembalut luka , ubat nyamuk tak payah sebab nyamuk tak tahan sejuk !
Minyak angin pun kena bawa , kita tak tahu tetiba rasa tak sedap tu datang kan .
Ha kau tonyoh je settle rasa lega dan berangin sikit ! 

Korang juga perlukan bag sandang , untuk letak air , disarankan sorang bawa 2 botol  besar air mineral .
 Air Isotonic pun bagus juga !
Selain tu , bolehlah bawa megi cup , jangan lupa thurmos pula . Nanti sampai di check point boleh makan-2 .
Aku bawa juga biskut , gula mentos berangin tahap dewa , Dilla bawa sandwich , Nadia bawa Megi Goreng
Arsyad ? Bawa kekasih hati naik Gunung Irau . Eh . Haha .
Bagus bawa sorang sikit bawa makanan , sampai atas boleh share , jadi bag tak beban dengan makanan :)

Dah siap barang semua , busy di whatsApp pula . . . .
Antara pesanan sebelum memulakan perjalan esok harinya & Sedikit fakta yang berjaya aku kutip dari pak cik 'G'. . .
1. 6924 Kaki dari paras laut (2110M)
2. Sempadan Perak dan Pahang (Banjaran Titiwangsa)
3. Suhu sekitar 20-18c
4. Terkenal dengan keadaan hutan berlumut
5. Keadaan - Licin , berselut

Ingat yer pesanan bawah ni :
1, Adab - tak menjerit nama , tidak bercakap besar , tidak membuang tuala wanita sesuka hati !
2. Bawa wet tissue untuk beristinjak
3. Trek laluan - Bermula dari pintu masuk hutan mossy , kemudian laluan tepi hutan mossy ,  kemudian tiba di Mini Irau , seterusnya tiba di Puncak Irau
4. Tempoh perjalanan - Seperti yang di tanya kepada Pak Cik Google , kebanyakan mengambil masa      3 jam untuk naik dan 3 jam untuk turun .
      - tapi kitorang ambil masa 4 jam naik dan 4 jam turun , dimaafkan sebab baru dan tak cukup                stamina membuatkan kitorang lama berhenti .
     - Ingat yer , masa itu emas . Yes ! kena serious dan pandai uruskan masa lagi2 bila korang pergi            sendiri tanpa guide !
    - Setupkan siap-2 time . Antara yang perlu di ambil kira !
      a) Pukul berapa korang patut naik ! (Paling okay sekitar 8/9 pagi)
      b) Pukul berapa patut sampai di Mini Irau ! (Kebiasaannya ambil masa2-3jam)
      c) Berapa lama nak rest before sambung ke Puncak Gunung Irau!(Cuba jimatkan masa 15 minit               dah mencukupi sebab nanti korang rest lah puas-2 kat puncak Irau nunn)
      d)Berapa lama nak sampai ke Puncak Irau (Paling slow , 1 jam)
      e) Berapa lama nak rest before turun ke Mini Irau Balik (Di sarankan 30 minit - 1 Jam)
      f) Ulang masa yang sama masa mendaki tadi :) Dijangkakan sampai bawah before pukul 5 !
5.Sila kumpul stamina dulu .  Macam aku , Sabtu tu pergi swimming . Alhamdulillah . Tak terasa sangat penatnya . Hehe .

Sambungan . . . . .

1 comment:

Unknown said...

nak tanya...naik ats sana sewa 4x4 or kete sndri?

Post a Comment