Sunday, May 3, 2015

OPEN WATER DIVER LICENSE PADI 2015

Assalamualaikum , 
Hey nak tahu tak . Kita dah dapattttttttt . Ni !!! Hehehehehehe . Tadaaaaaaaa . Betapa seronok hati ~ Alhamdulillah :)

Mine . Lepas ni pergi pulau tak rugi sebab dapat tengok dasar laut sekali :)
Pst : Nak hantar kat PADI , Australia , pos kena RM75 ++ . Dua minggu taw kerja hari-2 buka peti surat . Akhirnya sampai jugak . 

Ini semua disebabkan pengaruh makcik ku . Si Ajune tu haaa . Yang tak putus asa mengajak aku supaya ambil jugak lesen diving ! Kuikuikui . Lagipun last year aku ada pergi Pulau Perhentian. Memang ada pasang hajat . Tup tup . Dapat juga buat tahun ni . Alhamdulillah . Hehehe .

Okay kitorang pergi under kenalan Makcik di Insta . Dia ada buat banyak pakej untuk travel etc . Boleh searh Yazid.Yusof kat instagram kalau korang berminat okay!

Disebabkan cuma berdua . Kitorang pergi naik bas je . Of course , naik dari TBS turun ke Mersing okay . Dalam bas je terus membuta ha kau tersedar bila terasa macam naik kuda !Kau faham-faham je la kan kenapa . Hahahaha .


Rasa dia macam nak pergi Ganu kau tahu . Siap ibu hantar lagi . Haha

Ha kau . Transnational dah ada tv . I'm kinda kuno sebab macam batak sikit dengan benda ni . Ohhhh mine cannot play pun ! Hergh ~

Sampai-2 je dua budak pendek ni terpinga-pinga mencari arah . Mana nak p ni mak cik . Hergh makcik gunakan alasan 'Kau muda lagi comel pergi la tanya orang layan' . Pakcik mana nak p Jeti ni pak cik . Pakcik tu pun tunjuk la arahya . Dah tahu arah , lari kedek-2 pulak takut kena kejar anjing ! Wahahahaha ! Tak silap kitorang sampai awal juga . Disebabkan terlalu awal , so kita sambung tidur . Biasanya banyak hotel-2 murah yang kita boleh sewa ikut kadar jam . Tapi kalau dah berjam-jam dia sarankan kau ambil sehari terus !

Okay , sambung balik . Disebabkan keadaan laut yang masih bergelora . Dua orang budak pendek mabuk laut dengan teruk sekali ! For the first time . Muntah-2 . Sedar dah sampai je . Sampai je dalam hati 'Macamana nak balik ni' huahuahuahuaaaa .


Malam first . Siang tadi berjimba kan . Sekarang kelas . That's my instructor .
Kak Azi ! Dia punya mengantok tak boleh nak cakap  ! 
First day , goes well . Kitorang belajar basic2 semua . I don't know why . Setiap kali bertentang mata dengan Kak Azi mesti aku nak tergelak or tersenyum . Memula memang rasa macam janggal jugak . Kau kena bernafas ikut mulut . Hidong kau sila anggap macam tak wujud . Banyak belajar isyarat dalam air . Macam share air , out of air , clear mask & etc . Semuanya menyeronokkan okay ! Hiks . Banyak lagi k kena belajar since I'm just new diver. Hiks . 
Kau hingat ringan ke wehhhh . Kau ingat pakai dia macam pakai bag sekolah . Tak . Silap sama sekali . Pakai ada step-2 dia . Kau kena pasang'sotong' tu dulu . Pahtu kau try . Paling penting yang aku belajar . Sistem buddy . Not allowed to dive by yourself . Kalau kau degil nak layan feel sensorang apa-2 jadi kau tanggung sorang ! Ha lebih kurang macam tu lah . Hehe . 

Hari kedua ! Time ni turun ari jetty . Kau bayangkan cemana cuaknyer gueeerrrr time tu . Almaklumlah . Nasib baik ada kak sepet and the geng yang dah terer . Huaaaaa . Paling sedih bila mask yang kita dapat tu dah tertukar . Aku punyalah tak biasa . Masuk air bhai . Disebabkan terlalu cuak bawah air , aku dah tak boleh nak control diri .Mindset dah jauh lari !

Time tu aku start bernafas ikut hidung ! What theeeee . Air masuk hidung then tersedak , tertelan air ! Kau tahu macamana dia punya rasaaaaaaaaaaaaa . Rasa dah give up kau tahu . Kak Azi pun datang depan aku , cuma menenangkan, masalahnya kali ni aku pandang dia tak senyum dah , sebaliknya aku nangis bhai ajak naik atas . Masa tu dalam fikiran dah fikir gagal , kenapa lah aku buat semua ni ! Apa benda aku buat ni aku tak boleh teruskan .

Sampai je atas aku tarik nafas pepanjang , Ya Allah syukur aku selamat ! Huaaaaaa . Kak Azi pun cakap 'Ni baru berapa meter taw' Dan dia kasi aku pakai mask dia . Thank you Kak Azi . Lepas tu turun mind set aku masih belum pulih . Time tu kitorang kena buat test compass . Fikiran aku masa tu macam dah terset yang aku punya gas dah habis ,aapa lah . Kau bayang gamat bersepah kat dasar tu pun aku dah tak hirau . Duk usya aku punya gas je . Huaaaa. Anak panah ke lain . Aku ke lain . Masa tu rasa lain betul . Tapi ku gagahi juaaaaa .

Aku slow-2 set balik mindset aku . Fiqa ingat fiqa , bernafas ikut mulut . Hidong kau tak penting , almaklumlah , masa tu selsema , aku asyik terguna hidong je . Slow-2 aku dapat pick up balik. Then slow-2 baru lega dah dapat menyelam dengan tenang .

Paling penting , kena equalize , ni macam kau picit hidong kau then hembus . Why sebab kalau tak buat macam tu tekanan tinggi akan sebabkan kau punya gedendang telinga boleh bocor . Ha lebih kurang macam tu lah . Penting jugak untuk kau sentiasa perhatikan kengkawan dan tengok bar gas kau tinggal berapa . As per kak Azi ,, if still atas 50 masih okay :)

Masa ni , aku tak jumpa makcik langsung , yela dia dah ada lesen , so dia dengan geng-2 dia la . Aku yang baru nak ambil lesen terpaksa kitorang berpisah. Hehe . Tapi . Last dive kitorang sama-2 taw . Ya Allah time tu lah aku dapat menyelam dengan tenang . Hehehe . Kali ni sekali dengan makcik siap salam-2 lagi .

Disebabkan terleka dengan keindahan bawah laut tu berapa kali jugak aku tersasar dari kumpulan hahaha . Nasib baik ada buddy yang berapa kali gak ah pergi depan aku suruh patah balik . Almaklumlah first time tengok ikan lelawa ! Syok ikut ikan kemana aku ke mana . That's why penting sistem buddy . Untuk pengatahuan korang , kalau one of your buddy takde , korang kena berkumpul dekat atas permukaan dalam masa 1 minit . In case kalau kau sensorang jauh dari buddy kau kena naik . Kalau buddy korang tak naik , diorang di kira salah ! Sebabya terlepas pandang korang takde dengan sorang .

Banyak lagi sebenarnya , Kau tahu tak , batu pemberat tu dulu aku buat apa ? aku buat alas kipas je . Rupanya tu ayah punya pemberat . Banyak ayah punya barang dive yang aku buat permainan , Dan ambil lesen ni barulah sedar apa function benda alah tu semua . Hahahaha . 
\
Dah-2 balik terus tidur , malam ada exam !


Balik kitorang dah prepare awal-2 ! Makan ubat mabuk . Ha kau naik boat je terus hanyut . Sedar-2 dah sampai. Penat memang tak terkata ah . Tapi berbaloi sebab saya lulus !! Hehehehe

Korang patut ambil juga lesen menyelam ! Why sebab dengan adanya lesen menyelam korang dibenarkan untuk terokai dasar laut ! So takdelah sia-2 pergi pulau macam tu jer . Hehehehe . Oh yer , Kena pergi dive , at least sekali setiap 6 bulan . So , where will be my first dive site after dapat lesen ni . Hehehehehe . Can't wait . . . !


AYAH ! :D





No comments:

Post a Comment