16th November 2015
Okay , as per plan , pagi ni kita ke manaaaa .
Where are we going ? Emerald Pool !
Hehehehe , nak di jadikan cerita , 4 orang budak kaki redah ni pun dah buat plan , pagi tu bangun awal , Dalam pukul 6 lebih kitorang pun bertolak , semua sebab nak kejarkan masa , target nak sampai sana pukul 8 okay ! kita naik motor je pergi emeral pool !
Kat hotel Aina dah siap2 search google maps . Seperti yang korang tahu , manalah kitorang ni ada beli apa2 sim card . Bergantung dengan wifi hotel je . Hahahaha
Awal2 lagi dah sesat , bila tengok maps , dah tak bergerak . Haaa kelam kabut berhenti tanya orang . Bila tanya bahasa inggeris tak faham . Tanya bahasa Thailand pun tak paham . Hahahah . Sedih makkkk . ''Sa Morakot'' ? Geleng2
Disebabkan keadaan begitu tegang , kitorang pun ikut je naluri hati masing2 . Hah , okay yang ni tipu je ! Tetiba je maps tu bersuara dan tunjukkan arah ke emerald pool . Rupanya google maps ni bila kita dah search , even kita takde internet dia akan auto update dan tunjukkan jalan walaupun takde wife ! hehehehe
Menyempat , boleh tahan petak jugaklah punggung , bukan kata punggung je , tangan2 naik cramp sebab pegang fon lelama semata nak tengok maps . Wuwwww .
Why so serious . Smile ! Time ni tak sure lah dah sampai mana , yang pasti kitorang teruskan jugak perjalana untuk follow macam yang di rancang . Hehehe , memula je confius pasal jalan ni , lepastu next2 nya ada sign board besar gedabak okay tunjukkan ke emerald pool !
Setelah 2 jam perjalanan , kitorang pun sampai kat sini . Untuk pengatahuan memula jalan memang bandar2 , bila dah dekat korang akan lalu jalan kampung . Dalam ni pun no need to worry sebab banyak juga sign board :) Untuk kenderaan , kereta atau motor , ada dikenakan bayaran ok . Haaaaa tengok punyalah awal , kitorang je baru sampai sini . Hahahah
Jom2 cepat . Follow me . Eh nak pergi mana ? Pergi mana kau tanya ? Hello ingat emerold pool nak jalan pergi kat awak ke . Hahahaha . Cepat! Kita kena kejar masa ni !
Clear Water
Awwwh , you make my heart melt ! aaaaa

Hehehehe time kitorang sampai ni , takde orang ramai pun , cuma ada 3 orang makcik2 thailand yang lengkap bebaju berenang dalam kolam tu . Kitorang syak , makcik2 ni juara renang ni


ok takpe guys take your time , hahaha because you know I will not enter that pool alone ! hahaha
Hispter katanyaa
Makan dulu , laporrr . Oh lupa ek nak cerita , jalan masuk tadi ada jual2 makanan sikit . Bukan setakat ada makanan , anjing yang ready nak gigit korang pun ada okay !
hahaha
Bawah air yang sangat clearrr . Memula macam geli nak pihak bawah . Tapi sebenarnya takde apa pun , lembut je hehehhe .
Fiqa pun nak jugak
Crazy partner
1
2
3
4
Lalu je , time kat sini selamber je gigit jagung sekali kena marah daaaa . Tidak dibenarkan bawak makanan ! huhu
Can u see ! Hehe crab in action
Oh rupanya ikut jalan ni lagi dekat dengan pintu masuk ....
Jom Balik !
Dapat helmet tali sebelah dah putus , terpaksalah buat tali camera sebagai pengganti wuwwww
Balik pun kena kejar masa sebab kita ada tempat lain nak pergi . Balik ni tak guna maps dah , terpaksa guna daya ingatan masing2 . Hahahaah . Kacau bilau jugaklah . Dah nama pun dekat tempat orang kan weee
Sampai je hotel , semua siap2 then ayuhhh kita gerakkkk
Sebelum kita ke Krabi Town , jom isi perut dulu , kang ada yang pengsan atas moto
Tempat ni dekat dekat masjid , kedai makannya kedai2 biasa warung tepi jalan . Tapi makanan dia pergh tiptop kerlassssss . Dengan pemandangan gunung2 tepi tu ah....
In love
Dah kenyang makan , dah puas semang , masa untuk bergerak pergi ke Krabi Town . Oh ye , kitorang bawak motor ke sana sebab macam rugi je tempat 24 sewaan tu . So balik nanti , cik abang dua orang ni pergi hantar balik ke Ao Nang dan datang ke Krabi Town naik teksi . Okaylah jimat sikit sebab transportation kat sini mostly semua kira kepala .
Ingat cute pegang2 tangan nak seberang jalan
Yang ni ! Hahahahaha
My travel partner
While waiting
Okay Jom ke Krabi Town !
Selalu dalam perjalanan kalau naik motor dengan cik abang ni mesti aku membuta punya kat belakang . Hahah kali ni leka duk tengok sana sini .
Takdelah jauh mana pun perjalanannya . Dari Ao Nang ke Krabi . Jalan nya pun okay . Heheh . Cuma berpusing kejaplah carik hotelnya . Almaklumlah lot kedai . Kitorang booking awal . Harga bilik sangatlah okay ! huhu
Alamak lupa pulak apa nama hotelnya huhu . Yang pasti nak pergi night market jalan kaki je guys .
Tak sampai 5 minit jalan dah sampai . I'm so excited !
Ni orang main muzik time ni . Gambar blur sebab sibuk nak snap gambar dalam masa sama kejar makanan haha
Awhhh so colourfull
Macama2 adaaaaaaa
Dekat sini , makanan tak halal pun boleh tahan banyak jugak . Ada sekali tu , tengok memang menyelerakanlah . Macam dalam gambar atas ni . Sekali pork rupanya . Huaaa
Orang thailind ni memang creative kan dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan . Yang pun terbaik . Should try !
Harga pun not bad okay
Tako Tao pun ada !

Niat hati nak makan2 sambil tengok persembahan , sekali hujan daaaaa . Berlari kau pergi hotel . Nasib baiklah dekat .

Nasib baik owner hotel kasi tumpang makan dekat sini huhu

Berhenti je hujan , kitorang pergi singgah balik . Kecewa jugaklah ingat nak beli makanan lagi , sekali dah tutup . So kita shopping benda lain je lah . Huhuhuhu .
Okay dah jom tidur . Esok nak balik pulak . Hehe .
No comments:
Post a Comment