Thursday, November 12, 2015

KRABI 2015 (PART 1)


Assalamualaikum , 

Mengantuk masih belum hilang !

Yeah guys , our plan for Krabi trip berjaya di realisasikan selepas last minit trip ke Pulau Perhentian Sept 2014 ! Lepas ni ke mana kita . Hip Hip Hoooray ! 

Throwback sikit trip ke Pulau Perhentian . 13/9/2014

Our journey start on Thursday , 12/11/2015 

Okay siang kita bekerja macam biasa (kena jimat sisa-2 cuti yang ada) , guys hati tak keruan nak habis kerja cepat , kerja semua dah tak nampak dah , yang nampak KRABI je ~ 

Okay , disebabkan train balik nanti kitorang akan turun di KL Central , jadi kenalah park area sini juga , Untuk pengatahuan , sebelah NU Sentral ada satu kawasan lapang , situ ada open car park . Harga pun okay . Kitorang park start dari malam 12/11 sampai pagi 17/11 kena cuma RM101.00 . Super jimat dari park dekat parking khas KL Central ok ! 

Pastikan kereta anda park ditempat berdekatan dengan pondok bayaran , almaklumlah kita tinggal kereta lama . Risau jugak apa-2 jadi . Kang ada yang kena balik rumah jalan kaki weh . Hehueee . 
(Memasing buat muka cool, muka sebelum malu sebab salah kaunter tiket ! haha)


While waiting ~

Time kitorang turun bebetul train baaru sesaat jalan . Huwaaa sedih . So kita tunggu next train . Eh naik train nak ke mana . Ke TBS lah ! Hehehe bas to Hatyai from TBS ! 

Untuk pengatahuan , Transportation pergi balik memang kami dah beli awal . Kang tak beli yang balik punya ada yang jadi penduduk tetap Krabi . Ehem ! 

Bas tiket direct to Hatyai korang boleh dapatkan dari laman web ni  http://www.easybook.com/ 
Kalau bernasib baik , akan dapat tiket train sekali dalam laman web ni . Okay tiket pergi balik dah settle ! Tinggal nak bawa diri je . Oh ye please booking awal ye atau anda akan menangis sebab tiket habis . Hehe ! 


Pungpangpungpang sampai lah TBS , di TBS macam biasa guys change your tiket first , 30 minit before dah kena ada dekat bawah okay (tempat tunggu bas)  , ha mana yang sampai awal , kita p makan dulu , dah kenyang baru sedap nak tidur kan !(Ni nak tidur ke nak berjalan?! hey ni soalan ke apa ni , malam kan , malam tidur dulu kumpul tenaga!) Wehuuuu ~  

Let's travel the world together . Wehuuu


Before depart . Kitorang ambil seat paling depan . Oh lupa bagitahu ni bas konsartium . Sangat puas hati , Luas giler lah nak capai bag kat depan pun merangkak . Nak borak dengan member belakang apatah lagi . Cadang duduk seat depan sekali boleh tengok pemandangan dan borak dengan driver bas . Sekali ada cermin penghadang da~ 

Untuk yang jenis tak tahan sejuk . Aku sarankan bawaklah baju sejuk berhelai-helai , Sebab bas ni punya sejuk menusuk sampai ke tulang ! Hehu . Btw diorang ada provide selimut jugak . 

Perjalanan diteruskan . . . .  

0420hrs @ 13 November 2015 - Sedar-2 dah sampai Changlun , Kedah . Minum-2 . Breakfast . Then bas pun gerak ke Border . 

0620hrs @ Sampai di border Bukit Kayu Hitam. Semua kena turun bawa passport. Kali ni tak perlu bawa bag dulu . Settle semua , naik bas dan teruskan perjalan ke Padang Besar pula . Sampai di padang besar . Okay dekat immigration sini sila turun bersama passport dan barang-2 anda . 

Selesai semua kena naik bas balik . Ingatkan dah sampai . Kuikuikui . Sekali kena ke bus station Hatyai maa 2 jam perjalana . Uhukkkk . 

Ni la , luas giler . Hahaahaha angan-2 musnah nak menyembang dengan pakcik bas . 


Muka toyer naw . Orang yang tak tidur malam . Kita tidur dia suruh bangun ajak berborak . Sabar je lah . Haha . 


Lepas 2 jam perjalanan sampai jugak dekat Krabi . Guys niat hati nak turun Hatyai bus station . Sekali dah terlepas rupanya . Siap dikena paksa turun lagi dek pakcik driver ''eh tadi kan pakcik dah cakap bus station'' . . . . Kami tak sangka pulak tu bus station . Huaaaa . Dam cit ek . 

Sis muka redho(hiraukan muka tak mandi) , turun je bas orang tuk-2 ramai tunggu . Okay kitorang pun naik lah satu tuk-2 ni . Kejap dah tak ingat harga berapa kitorang suruh dia bawa pergi bas station . Tapi . . . . 


Ke sini pulak dia bawa kita ! Okay memula kitorang survey harga dulu . Guys muka pakcik yang kitorang duk deal ni macam Rahim pelawak tu . Okay sambung balik cerita . Memula dia offer kitorang van direct ke Ao Nang 500bath  ! Tengkorak betul . Dia cakap bas ke Krabi Town cuma ada pagi dan petang je . Kitorang paksa lah driver tuk tuk bawa p bus station . Dia enggan . Ceh ayat . Hahaha . 

Nak dijadikan cerita , kitorang dah nak blah tu , Rahim ni panggil kitorang balik . Dia offer , 700bath seorang  pergi balik . Balik nanti ambil dari hotel . Atas pejanjian dipersetujui kedua-dua belah pihak , waktu untuk pick up nanti ada jam 0900hrs waktu Thailand ! 

Remark : Kalau anda seorang yang punctual , better jangan ambil van dengan tour ni sebab diorang tak tepati masa , cakap pukul 9 pukul 11 baru nak datang. Okay kita nak cerita happy dulu . Kang citer awal-2 sakit hati , tak jadi plak nak sambung cerita ni kang . Ek . Fuhhhhhhh . 

p/s : Kenapa aku  tak letak time dah , sebab lepas dah belek-2 gambar baru aku tersedar time dekat camera salah . Kihkih . 

Van pukul . Eh kejap aku pun terlupa pukul berapa . Hahahah . Tapi time tu kitorang ada dalam 20 minit lah sebelum gerak ke Ao Nang . So kitorang paksa abang tuk tuk bawa p kedai makan . Ewah dah bawa kitorang salah tempat nak larik pulak eh . Kedai makan pun takdelah jauh sangat dari tour agent ni . So selesai makan tu kena jogging sikitlah kejar van . Haha . Yang bagusnya satu je , tour agent ni punya location bebetul dekat dengan Train Station. 

Perjalanan pun diteruskan . . . Tidur pun disambungkan . . . Van bukan bawak kitorang berempat je okay . Kat depan tu ramai lagi . Disebabkan kitorang 4 orang , so kitorang kena sumbat belakang sekali . Kau rasa ? hahaha . Rasa macam naik roller coaster tapi ni roaller coaster yang lalu dekat jalan penuh duri berliku liku . Ha kau . 

Ala pakcik isi gas pulak 

That moment , bila kau terjaga disaat yang lain lena dibuai mimpi . Kihkihkih ! 

Smileeee ! Oi aku kata smileeeee ! Sobs , sedih hidup takde orang layan hahaha

Ha paham tak ape tu . Eh , jangan tanya akak , akak pun tak tawwww . Hahahahaah . Okay ni kira macam perhentian la . Bukan pulau perhentian la mangkuk . Masa ni kata nak berhenti sekejap je , so kitorang pun takdelah makan kan . Sekali masuk je van . Brader-2 depan kitorang cakap diorang sempat lagi menjamu selesa mengisi perut yang keroncong . Sobs . 

Selfie sikit dengan van . Astaga . Patutlah nak patah pinggang . Tengok luaran van pun dah tahu abang driver selalu buat drift dekat  scrambler trail . 

Makan buah duluuuuu .

Perjalanan dari Haytai ke Ao Nang adalah dalam 5-6 jam . Memula van singgah di Krabi Town . Lagi sekali drive van berhenti di tour agent dan cuba pujuk kitorang untuk ambil package dengan depa . No . Kali ni say no ! Sebab dah plan nak cari package dekat area Ao Nang beach . So driver banyak kali jugak pujuk sampailah dia give up . 

p/s : Ada ke driver tak tahu kat mana kitorang stay . terpaksalah pinjam wifi dan search dalam maps . Memula dia blur-2 gak ah . Hmmm . Dia blur tapi akak nak tergelak je dengar dua orang tu membebel . Yang aku paham . Blanco . Blanco . Blanco . Ehhh . Finally dia tahu jugak kat mana . Hahahaha . 

Pukul 1620 waktu Malaysia kitorang sampai dekat hotel . Ni pemandangan kat luar . Lah patutlah driver van tak tahu . Rupanya apartment ni depannya dikenali dengan cafe blanco . Apartment ni blah belakang . 

Untuk apartment pun dah carik awal-2 . Dah siap booking dalam Agoda rasanya . 
Blanco  Room and Apartment . Sangat puas hati . Kalau anda masuk lebih orang ada cas dikenakan yer . Jangan ingat nak free je . Huhu . 

Disebabkan semua kelaparan , kita pun keluar cari kedai makan . And here we are . Kedai makanan halal. Alamak akak lupa nama kedai . Warna pink tu baju hujan . Stanby lah kan . Sebab kitorang dah search awal-2 tengok sini akan hujan . Yang rarenya nak hujan time kitorang mai je . Huhu 

Banyak pilihan makanana . Masakan panas pun ada . Kami pilih masakan panas ! 

Memula dua orang ni minta air lain . Tapi dapat air lain . Dan akhirnya kami semua jatuh cinta dengan air ni . Hahahah . Thai Coffee . Nama lebih tak ingat lah plak . 


Okay atas ni aku punya makanan . Terbaik tokkkkkk . Pedas dia semua cukup rasa . Erm kalau anda semua tak suka manis . Jangan order nasi goreng ok . Sebab nasi goreng semua kebanyakannya manis-2 belaka semanis orang thai . Hehe . 

Dari tempat tinggal kitorang nak ke pantai lebih kurang 10 minit berjalan . Mana penat . Seronok lagi ada . Sambil jalan sambil cari package save bajet . 



Rasanya pasar ni start Jumaat - Ahad je . Nak ke pantai staight je , sepanjang perjalan tu macam-2 kedai , macam-2 ada . 

Masjid

Yeay dah sampai pantai ! 




Semua macam tak percaya lagi dah berjaya sampai sini . Heheh . 




Lepas dah puas bergambar , kitorang sambung misi mencari package termurah . Huhu . Okay ada satu tempat ni , dia offer kitorang murah dari tempat lain . Tapi rasanya dia dah terlepas cakap . Sebab sepanjang survey harga normal untuk phi phi island tour as per below . Cehh

Phi Phi Islan Tour : 1100bath (kitorang dapat kurang sikit dari ni )
Marine park fee : 400bath , bayar masa island tour nanti  (mengikut apa yang disurvey ada yang kata kalau tak bayar tak boleh turun kat pulau ada pulak yang kata tak boleh turun snorkelling . Mana satu ni ? Nantikan dalam next episode . Hahaha)

Jane & June Travel and Tour .Ada tempat massage sekali . Disebabkan dah dapat harga murah sikit , kitorang pun cakaplah kitorang akan datang massage kat sini lepas habis island tour hehehehe . 
Settle bayar , balik bilik rehat-2 dan siap-2 lah nak pergi makan malam pulak . 

Masa baru sampai kan . Semua layan kita ajak wefie . Heh . 

Okay , ni lah jadi bila kedai ada wifi . Huhu . 

Yang ni pun sama . Hahahaha , Aku pun sama je , cuma bezanya kena settlekan camera dulu lepas tu baru phone . Yeah yeah . Macam biasalah , kalau boleh setiap saat nak rakam nak tangkap gambar , gila nanti nak cerita kat anak-2 ibu dulu selalu pergi travel dengan travel buddies kesayangan ibu . Kenalah ada bukti kan . (Kukuh tak alasan) haha

Yang ni paling rare , nak makan pun takut , takut kena makan dek api yang menyala bawah tomyam tu . Makanan . Terbaik ! 


Acara makan pun dimulakan dengan penuh adab , sambil membahagi-bahagikan udang celup tepung . Sorang dapatlah merasa sekor dan setengah . Dengan cara ni perbelanjaan dapat dijimatkan dan semua dapat makan dengan kenyang . Kejap  , ada sesiapa yang tak kenyang ke masa ni  ? 

Malam ni , takde apa-2 aktiviti , kita balik rehat selepas hampir setengah hari perjalanan kita memerlukan tidur untuk enjoy esok hari . Zzzzzzz . 

''WE TRAVEL NOT TO ESCAPE LIFE , BUT FOR LIFE NOT TO ESCAPE US''

p/s: Planning memula nak beli simcard . Tapi cancel atas persetujuan semua . Sebab dah ada wifi hotel . 


3 comments:

N said...

Bukan 10 minit jalan kaki dr hotel ke pantai tu. 30 minit okay! Hahahaha nasib baik sepanjang prjalanan tu best sbb byk kedai2.

N said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Afiqah Bakri said...

Eh kenapa rasa macam 10 minit je . Kuikuikuikui .

Post a Comment