Friday, September 18, 2015

PULAU REDANG - DAY 2


Assalamualaikum , okay lah masa untuk sambung Pulau Redang Day 2 . Wehuuuu . 

Okay Harini kedua punya aktiviti paling banyak guys , dari pagi sampai  ke petang ! Apa aktiviti kita pagi ni . Snorkelling . Let's go !

Oh ye , ni la tempat penginapan kitorang, Redang De' Rimba . Untuk pengatahuan , masa check in semalam kitorang dah siap book sekali dengan trip untuk harini , so kita cuma tunggu je la orang pick up dan bawa pergi jenjalan . Huhu

Zainab si pemalu , Ibu yang ranggi dan busu yang hensem . Hehe , menyempatlah makcik-2 ni . 

Pandangan dari bawah chalet , Okaylah tak ada pemandangan air laut dapat duduk tengah hutan pun tenang jugakkan . hehe

ha tu ha bilik kitorang . Oh kitorang ambil bilik . 

pandangan dari atas , seberang jalan tu ada kedai makan jugak , makanan murah dan sedap .



Excited !




Okay , sebelum p snorkeliling , Ella (mat pulau / mat van / mat snorkelling) ni bawa pergi beli roti dulu . Nak tahu tak , masa ni kat pulau musim mangga taw ! Ya Allah bayangkan makcik-2 ni bila nampak mangga-2 tu hahahaha , tak pasal-2 penuh satu van dengan mangga .Kitorang satu boat terus , sebab harga lagi ok kot kebetulan kitorang ada ramai kan . Huhu


Gambar atas boat semua nenek ambilkan , sebab nenek je yang tak mandi . Okay semua ni acah-2 lagi , baru masuk air kan semua melepek je kat tepi boat :P


Perempuan yang tak pernah lekang pun dengan go pro dia (padahal SJ je!) hahahaha . 


Sekejap je pakai life jacket , lepas tu terus cabut , berenang macam ni lagi puas hati . huhu . 

View bawah air jangan cerita lah . Serious lawa giler ! 



Lawa kan tempat ni 

Busu a.k.a Pak Usu , untuk pengatahuan , busu oku taw . Btw , he's the one who really excited bila celup kepala dalam air wehuuuuu . memula busu takut juga . Tapi Ayah ajar busu macamana nak bernafas dalam air . Lepas tu kan setiap kali check point baru busu paling tak sabar nak turun air huhu . 


Anak beranak tengah leka tengok ikan n coral 





Ikan apa tu

I geli dan I takleh terima benda ni weh ! Whattt !

Terbang ke berenang ke tak tahulah



lawanya . long beach pulau redang guys 

Bagi ikan makan roti . Hehuuu . (Sebelum kena marah dengan ayah sebab tak nak pakai life jacket, kena simpan tenaga untuk aktiviti petang nanti katanya) 

Kalau tak berhenti kat sini cari makanan , tapi kebanyakan kedai cina la erm

me ! 

Legend ni hehe


Ha ni Ella !

Okay settle je snorkelling dalam pukul 12 macam tu . Ella hantar nenek ibu semua balik rumah . Rupanya dorang ni pusing lagi satu pulau tu pergi carik mangga oi . Siap pesan dengan kitorang beli bekas dengan asam nak buat jeruk ! haha


 Next activities - Diving dengan ayah . Yeay ! 

 Kalau dari mula aku tahu dalam tu penuh pacat , dah menari nari agaknya elak bersentuhan dengan mereka yang ramai geng kat bawah tu . huaaaaaa ! 


Zainab snapkan gambar . Takpe dah besar sikit ambil lesen join akak dengan ayah diving okay dik . hehehehe . 

Okay Sekian untuk aktiviti hari kedua . Hari kedua pengsan je dalam bilik malam tu . Huaaarghhh lelesu badan . 


Ps : Diving adalah pengalaman paling berharga , Yes aku seronok , tapi dalam masa sama ni adalah aktiviti yang aku masih belum ada keberanian sepenuhnya masa bawah air . Guys asyik cakap dengan diri sendiri je , like 'bernafas pakai mulut fiqa' 'don't worry gas kau banyak lagi' 'jangan risau ayah kau ada kat belakang' macam tu la hahahaha . Bilalah hati ni nak kental . Huhuhu . InsyaAllah next dive agaknya .

No comments:

Post a Comment